Jangka masa lapan tahun bukanlah masa yang singkat namun bagi pelawak dan pengacara popular, Jihan Muse.
Dia dan kekasih, Ungku Hariz Faizal Ungku Mohamed Fadli berjaya menyembunyikan kisah percintaan mereka dengan baik daripada pengetahuan media mahupun peminat.
Jihan mula mencuri tumpuan apabila sering muncul bersama Hariz di majlis-majlis anugerah namun menurut pelawak ini, dia sudah lama muncul bersama namun apa yang mereka lakukan itu bukanlah bertujuan untuk memberitahu bahawa mereka akan melangkah ke alam yang lebih serius selepas ini.
Saya tidak mahu soal cinta lebih menonjol, apatah lagi Hariz tidak menggemarinya. Saya dan Hariz pendatang baru, kalau belum apa-apa sudah jaja cerita begitu, takut nanti orang meluat, katanya kepada Metro Ahad.
Selain itu, Jihan mengakui walaupun sudah bergelar kekasih selama 8 tahun, dia mahupun Hariz tidak pernah menetapkan tarikh atau waktu tertentu untuk mengikat mereka dengan pernikahan berikutan dua kali kegagalan apabila merancang perkahwinan.
Bukankah jodoh itu Allah yang tentukan. Saya tidak pernah meletakkan sasaran waktu bila kami harus bernikah. Pernah sebelum ini saya membuat perancangan akan bernikah pada usia 23 tahun, tetapi gagal.
Kemudian saya sekali lagi membuat perancangan untuk bernikah pada usia 27 tahun
Tetapi ia tetap tidak berlaku juga. Sekarang apabila usia melepasi 30 tahun, saya langsung tidak meletakkan sasaran. Kalau datang jodoh, saya terima dengan tangan terbuka, sama ada cepat mahupun lambat, jelasnya lagi.
Sumber : Eblog011
0 comments:
Post a Comment