Searching...
Monday, October 5, 2015
7:42 PM 0

PANAZ! "Rambut Jasmin Hamid serupa macam kemaluannya..." - Ini jawapan balas Jasmin Hamid


Siapa tidak kenal dengan aktres Jasmin Hamid yang cukup popular daripada tahun 90 an sehingga sekarang. Bila sebut sahaja nama belia pasti semua terbayang wajahnya serta bentuk badan beliau yang persis anak dara atau kata orang awet muda.

Namun, tidak semua orang yang memuji beliau dan masih ada segelintir pihak yang kononnya alim menegur beliau untuk mengenakan hijab. Walaupun ingin memberikan nasihat untuk Jasmin Hamid, peminatnya yang memberikan komen di laman sosial Facebook miliknya telah menyamakan rambut aktres itu dengan kemaluan sendiri.

Tambah individu tersebut, berhijab itu adalah satu perkara yang wajib bagi wanita Islam dan tidak perlu memberikan alasan untuk diberikan hidayah untuk memakainya.

Berikut adalah respon Jasmin terhadap komen tersebut:-

Janganlah hanya kerana saya berdiam diri, anda boleh tulis apa sahaja di wall saya ataupun private massage saya tanpa memikirkan hati dan perasaan saya hanya kerana saya belum lagi berhijap?Adakah kerana anda yang sudah berhijap,dengan sewenang-wenangnya boleh berkata apa sahaja?

Adalah lebih baik anda mendoakan kebaikan tanpa beritahu kepada sesiapa. Kerana bersabarlah saya hanya berdiam diri dan saya hanya berserah kepada Allah dan Allah tahu apa yang terbaik untuk hambanya yang hina ini.


Tidak salah pun untuk menegur ataupun memberi nasihat kepada orang lain, tapi kalau dah samakan rambut dengan kemaluan itu agak melampau. Macam tiada pula persamaan lain yang lebih baik kan? Hurm..

0 comments:

Post a Comment