Azma berkata, beliau disabitkan bersalah oleh Mahkamah Majistret Ampang dan didenda sebanyak RM2,000.
"Saya akui kesalahan saya menampar Ika atas niat kerana ingin memberikan mutu lakonan terbaik bagi drama bersiri arahan saya
"Namun bukan semua orang dapat menerima teknik yang saya gunakan. Jadi saya membuat keputusan menyerah diri kepada polis sehari selepas Ika membuat laporan.
"Saya ada menghantar mesej kepada Ika meminta maaf kerana mengasarinya. Dia membalas mesej dan turut memohon maaf terhadap apa yang berlaku.
"Alhamdulillah perkara yang terjadi mematangkan saya. Insiden ini memberi impak bukan saja kepada saya dan Ika malah kepada seluruh warga produksi," katanya kepada BH Online.
Azma berkata, beliau turut menghubungi Datuk Rosyam Nor selaku penerbit drama Dawai Asmara untuk menyatakan hasrat mengundurkan diri sebagai sutradara drama bersiri itu.
"Selepas didenda oleh mahkamah, saya menyatakan hasrat untuk menarik diri kerana bertanggungjawab dengan kesalahan yang saya lakukan.
"Saya berjaya menjalankan tugas sebagai pengarah untuk tujuh episod dan selebihnya akan dilaksanakan oleh pengarah baharu yang dipilih oleh pihak produksi," katanya.
Terdahulu, Ika membuat laporan di Balai Polis Hulu Klang pada 2 November lalu mendakwa dirinya dipukul oleh Azma.
Sumber: Berita Harian
Sumber: Berita Harian
0 comments:
Post a Comment