Searching...
Tuesday, November 17, 2015
9:32 PM 0

Lelaki 50 tahun ini membeli daging ayam di Shopping Mall, namun selepas pulang ke rumah dan memotong ayam itu, inilah benda jijik yang ditemui dalam perut ayam itu

Seorang ayah dan anak perempuannya terkejut selepas ayam yang dibeli dari sebuah pasar raya penuh dengan tahi dan tidak dibersihkan. 

Dalam kejadian Ahad lepas, Michael, 50 dan Robyn Stroud, 18 membeli seekor ayam mentah berharga £4.50 (RM29.83). 

“Apabila kami buka bungkusan ayam berkenaan, kami terkejut dengan apa yang terkandung di dalamnya,” kata Michael.


Anaknya Robyn memberitahu terdapat sisa-sisa makanan dan tahi yang banyak dalam perut ayam tersebut.

“Baunya sangat dahsyat! Itu kali pertama kami membeli dari pasar raya berkenaan dan kami pasti tidak akan membeli di situ lagi,” kata Robyn dipetik laporan Dailystar. 

Anak-beranak kemudian membawa ayam berkenaan dan memanggil pengurus pasar raya.

“Pengurus kemudian meminta maaf dan menawar untuk menggantikan ayam itu. Saya macam tak boleh percaya.

“Pada pendapat saya, perkara ini terjadi disebabkan kurang rasa tanggungjawab dalam industri pemprosesan,” kata Robyn. 

Beliau mengkongsikan apa yang terjadi kerana mahu pelanggan berhati-hati ketika membeli dan periksa belian mereka dengan teliti.

Sementara itu, jurucakap pasar raya tersebut memberitahu satu siasatan akan dijalankan untuk mengenalpasti punca masalah berkenaan.



0 comments:

Post a Comment